Sejarah - Herba Penawar Al Wahida



HPA adalah ringkasan daripada Herba Penawar Al Wahida dimana nama Wahida itu diambil sempena nama anak pertama dalam keluarga Pengasas merangkap Pengarah Urusan HPA, Tn. Haji Ismail. Namun begitu, Herba Penawar AlWahida bermaksud penyembuhan yang berlaku itu datangnya dari Allah yang Esa. Pada permulaannya di tahun 1986, perniagaan herba ini menggunakan nama Perawatan Tradisional Al Wahida. Dari titik inilah beliau bermula memperkembangkan perniagaannya dari masa ke semasa sehingga dapat membuat penjualan yang cukup membanggakan untuk pergi lebih jauh.
HPA Industries Sdn. Bhd. didaftarkan pada tahun 1995.
Pada tahun yang sama, HPA telah berjaya menyewa beberapa lot bangunan di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis dibawah skim Bank Pembangunan negara ketika itu. 3 tahun kemudian HPA membeli 6 lot Kilang MIEL Kawasan Perindustrian Jejawi Sematang di Perlis.
Peringkat pertama penghasilan produk dilakukan dengan hanya menggunakan 3 buah mesin oven pembakar kuih untuk mengeringkan akar kayu. HPA bermula dengan 6 orang pekerja dan modal awal sebanyak RM 3 ribu. Keadaan ini berkembang begitu cepat sehingga HPA memiliki kemudahan serta peralatan yang mencukupi sebagai sebuah kilang herba.
Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 5 buah kilang iaitu kilang kopi, kilang herba, kilang sos, kilang roti dan kilang kordial. Dua kilang yang bertaraf GMP ialah kilang kopi dan kilang Herba. HPA juga memiliki saham dengan kilang-kilang di negara luar. Di samping itu, HPA juga mengusahakan penanaman herba secara komersial serta penternakan ayam organik.

Subscribe to receive free email updates: